Ketagih mahu cantik” plus 1 info menarik lainnya |
Posted: 12 Feb 2011 10:57 AM PST Ketagih mahu cantik
DI kalangan rakyat Indonesia, wanita Sunda sering diklasifikasikan sebagai paling cantik - dianugerahkan kulit putih dan gebu serta wajah yang cukup manis. Wanita Sunda juga disifatkan ramai cukup mudah mesra, bijak melayan lelaki dan manja (ramai lelaki Malaysia yang pernah terpikat dengan mereka). Namun, di sebalik kecantikan semula jadi wanita Sunda, di sisi lain kehidupan wanita moden di Jakarta khususnya, kecantikan diri tidak akan lengkap dengan hanya mewarisi penggunaan jamu, mandi lulur atau perubatan tradisional. Lantaran kepesatan teknologi selain memiliki kemampuan untuk berbelanja untuk memastikan penampilan diri menawan dan elegan, jutaan rupiah sanggup dilaburkan kepada doktor-doktor pakar kecantikan. Pembedahan plastik atau pembedahan kosmetik semakin popular di kalangan nyonya-nyonya sosialitas (wanita-wanita sofistikated yang berwang dan berpengaruh). Doktor-doktor pakar kecantikan di Jakarta sahaja tidak menang tangan menerima permintaan luar biasa daripada golongan yang tidak boleh menerima ketentuan pertambahan usia memakan kecantikan diri. Di Jakarta saja, Hospital Omni di Tangerang, Klinik CBC, Jalan Wijaya 2, Jakarta Selatan, Klinik Ultimo, Aesthetic & Dental Centre serta banyak lagi hospital dan klinik lain bersedia menawarkan bantuan untuk memelihara kecantikan diri. Semenjak pengakuan secara terbuka penyanyi Titi DJ membuang lemak pada 2004 hingga 2005, ia mengundang kepada peningkatan minat kaum wanita untuk sama-sama bertemu doktor yang boleh membantu mereka kekal jelita. Pengakuan Titi kepada media menyebabkan industri pembedahan plastik di Indonesia meningkat secara mendadak. Hal ini diakui sendiri oleh seorang pakar pembedahan plastik, Dr. Irena Sakura Rini. Pendedahan Titi kata beliau, menyebabkan kaum wanita begitu teruja untuk mengubah penampilan diri mereka. "Sayang sekali ada yang kerana terlalu ghairah dan tidak mahu membuat kajian, mereka memilih untuk menyuntik silikon cair sedangkan itu saling tidak ubah seperti minyak mesin saja," katanya seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar tempatan. Biar terpaksa berbelanja besar selain terpaksa menahan sakit, namun matlamat mahu cantik benar- benar menghalalkan cara golongan itu. Suntikan kolagen bagi menegangkan kulit saja menuntut kos sebanyak AS$300 (RM913) per cc. "Mana ada suntikan wajah dengan kos Rupiah 150,000 (RM51) hingga Rupiah 200,000 (RM68)," tegas Dr. Irena lagi. Bahkan, kerana tidak sabar-sabar untuk melihat perubahan pada diri, seorang lagi pakar pembedahan plastik, Dr. Enrina Diah mendedahkan, ada pelanggan yang enggan mengikut prosedur yang sebetulnya. "Kerana terlalu mahu cepat cantik, ada pesakit yang tidak mahu melalui proses pemulihan. Mereka mahu segera pulih," cerita Dr. Enrina mengenai gelagat wanita yang terlalu ghairah untuk cantik. Pada sesetengah kes yang ditemui, ada pelanggan beliau yang pada awalnya sekadar mahu membuang lemak dalam tubuh bagi mengurangkan buncit. "Selepas melihat hasilnya dan gembira dengan pencapaian itu, mereka akan meminta memasang implan payu dara, menyedut lemak di sekitar wajah, menegangkan kulit muka, pembedahan kelopak mata dan sebagainya. "Golongan ini seperti ketagihan. Kami (doktor-doktor) pula harus menasihatkan mereka agar jangan terlalu ghairah kerana kos pembedahan bukannya murah. "Ada yang harus mengeluarkan modal sebanyak Rupiah 5 juta (RM1,700) hingga Rupiah 60 juta (RM20,000). Kos itu bukannya murah," katanya. Trend pembedahan plastik yang semakin popular di Indonesia menurut pemikir politik dan kebudayaan Universiti Negeri Jakarta, Robertus Robert sebagai liquid modernity dalam konsep Bauman. "Liquid modernity itu menjurus kepada liquid social iaitu orang lebih mementingkan penampilan diri sedangkan diri seseorang itu menjadikan mereka sebagai objek tatapan orang lain. "Pembedahan plastik pula sebagai cara seseorang itu memaknakan dirinya dan mempersembahkan di hadapan orang lain," tegas beliau. Melihat kepada trend yang semakin menular di kalangan wanita di kota metropolitan Jakarta, ia tentunya akan membuatkan kita berfikir banyak kali. Soalnya apakah kecantikan yang sedang dinikmati wanita-wanita yang cantik, bergaya dan elegan di pusat-pusat beli-belah mewah seperti Grand Indonesia, Plaza Indonesia, Senayan City dan sebagainya, semula jadi atau telah dibantu oleh mesin? | ||
Posted: 11 Feb 2011 04:56 PM PST Sabtu, 12 Februari 2011 SOMAN = Sozo Formula ManggataPelopor Produk Jamu Tetes Pertama dengan Kegunaan Paling Beragam
|
You are subscribed to email updates from rss indonesia rakhma To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar