Awas agen perosak hormon” plus 1 info menarik lainnya |
Posted: 29 Jan 2011 10:17 AM PST Awas agen perosak hormon
Hamidi ialah seorang perokok tegar. Dalam sehari dia merokok sebanyak paling kurang 30 batang. Sejak beberapa bulan lalu Hamidi mencuba untuk berhenti merokok. Sejak itu berat badannya meningkat sebanyak 15 kilogram. Hamidi berasa hairan. Dia cuba berdiet dan mengamalkan senaman bagi menurunkan berat badannya namun tidak berjaya. Lalu Hamidi datang berjumpa saya bagi menyelesaikan masalahnya. Dia takut lama kelamaan dia akan dihinggapi penyakit kronik dan pelbagai masalah kesihatan berkaitan dengan obesiti. Menurut Hamidi, seorang sahabatnya sudah terkena kanser. Beliau sangat sedih melihat penderitaan sahabatnya itu. Justeru dia bertekad meneruskan misinya untuk berhenti merokok. Normah pula merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Seorang jirannya menyuruh Normah mencuba sejenis jamu tradisional yang diimport dari Thailand. Menurut sahabatnya jamu itu boleh membantu mencantikkan kulit. Setelah hampir sebulan mengamalkannya Normah berhenti kerana sukar mendapat bekalan dari pembekal. Anehnya setelah beberapa bulan menghentikan jamu, badan Normah pula menjadi semakin berisi. Pada mulanya Normah tidak mengesyaki ada sebarang kaitan di antara pemakanan jamu dan kenaikan berat badannya. Ini kerana ramai kawannya berjaya menjadi kurus dengan mengamalkan jamu tersebut. Namun setelah saya menerangkan kepadanya bahawa terdapat banyak agen yang merosakkan hormon kita barulah Normah percaya akan kaitannya. Saya memberitahunya kadar kerosakan hormon tidak sama di kalangan individu. Kilang hormon di dalam badan kita bagaikan sebuah mesin yang aktif bekerja. Kehadiran bahan lain boleh mengganggu kelancarannya. Tanpa disedari kita terdedah kepada ancaman agen perosak hormon. Kewujudan agen ini di dalam makanan, kosmetik, botol plastik, pembungkus makanan, racun serangga dan lain lain menyebabkan kita tidak dapat lari daripada masalah kerosakan hormon. Kelenjar hormon sangat sensitif dan mudah rosak. Kesan daripada hormon yang rosak amat perlahan. Pada peringkat awal seseorang mula berasa keletihan lalu mereka beranggapan masalah itu adalah disebabkan penuaan. Apabila tua maka pelbagai masalah menyerang termasuklah keletihan. Apabila kerosakan hormon menjadi serius maka badan menjadi gemuk dan keletihan menjadi lebih ketara. Pada waktu ini program diet dan senaman tidak lagi dapat membantu mereka. Kerosakan metabolik turut menjejaskan rupa paras dan kulit. Kulit menjadi bertambah gelap dan kering. Pigmentasi mula kelihatan dan bagi lelaki rambut mula menjadi nipis. Sesetengahnya mula menjadi pelupa dan mudah stres. Hormon yang tidak cukup menjejaskan perasaan menjadikan seseorang mudah marah dan berasa tertekan. Kerosakan sistem tubuh disebabkan agen perosak hormon sangat berleluasa. Ia boleh dijumpai di dalam makanan, air minuman dan bahan kosmetik yang kita gunakan seharian. Pada peringkat awal pengguna tidak merasa bahananya kerana ia bertindak seakan-akan estrogen namun lama kelamaan fungsi hormon mula merosot. Bayi di dalam kandungan mudah sekali terkena bahaya ini. Apabila lahir bayi berkembang menjadi orang dewasa yang merosot fungsi hormon dalam tubuhnya. - Nonylphenol merupakan bahan yang terkandung di dalam pencuci, racun serangga dan bahan plastik. - Phthalates merupakan bahan yang dicampur di dalam PVC. PVC banyak digunakan di dalam pembuatan permainan kanak kanak dan perabot. - Dioxins PCB's (polychlorinated biphenyls) bahan insulator. - DDT (pembunuh jentik jentik) - PBDEs (polybrominated diethyl ethers). - Logam berat seperti plumbum cadmium. - Plant oestrogens, meskipun merupakan bahan semulajadi dalam tumbuh tumbuhan tetap merosakkan fungsi hormon. Sememangnya amat sukar bagi kita mengelakkan daripada bahan-bahan ini kerana kewujudannya sangat berleluasa sekali di dalam alam sekitar. Namun pengetahuan berkaitan agen perosak hormon sangat penting terutamanya bagi mereka yang terlibat secara langsung di dalam industri seumpama ini. Kelenjar hormon bolehlah diibaratkan sebagai sebuah kilang yang aktif. Apabila terkena agen perosak maka kilang juga menjadi perlahan dan kapasitinya akan merosot. Apabila kita mengukur paras hormon dalam darah kita akan mendapat keputusan yang sangat rendah. Rawatan pemulihan hormon boleh dilaksanakan dengan penggunaan hormon bioidentical Apabila seseorang menggunakan hormon bioidentical darah nya akan mempunyai kadar hormon yang tinggi. Kilang-kilang yang terlalu aktif tadi mula berehat. Tempoh rehat ini sangat penting bagi proses baik pulih kelenjar hormon. Bila kelenjar hormon pulih kembali maka penghasilan hormon adalah lebih baik dan penyembuhan mula terjadi. Proses penyembuhan menjadikan seseorang kelihatan lebih muda, lebih cergas, meningkatkan kualiti struktur kulit serta menjadikan seseorang tampak lebih segar. Ingatan juga menjadi semakin kuat malahan mata juga semakin pulih dan kelihatan menarik. Jangkamasa rawatan adalah di antara tiga bulan sehingga beberapa tahun bergantung kepada tahap kemerosotan hormon seseorang. Seseorang yang sembuh dari kerosakan hormon akan mendapat manfaat yang baik hasil penyembuhan ini. Dia akan berasa bertenaga seolah olah muda semula. Hati juga berasa riang dan tenang serta tahap kesihatan nya turut menjadi lebih baik lagi. Bentuk badan juga akan berubah di mana dia akan tampak lebih segak dan tampan. | ||
Malam Apresiasi dan Penghargaan 100% Cinta Indonesia Posted: 29 Jan 2011 09:29 AM PST TEMPO Interaktif, Jakarta -PADA 11 Januari 2011, Hotel Mercure Jakarta Kota menggelar acara tahunan yaitu “Malam Apresiasi dan Penghargaan 100% Cinta Indonesia“ yang disuguhkan khusus bagi para Corporate Bookers. Di acara itu, Hotel Mercure Jakarta Kota memberikan apresiasi dan penghargaan kepada perusahaanperusahaan yang telah memberikan kontribusinya pada 2010. Penghargaan ini diberikan I Ketut Iriana, General Manager Hotel Mercure Jakarta Kota. |
You are subscribed to email updates from rss indonesia rakhma To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tidak ada komentar:
Posting Komentar